+10 344 123 64 77

Wednesday, 1 January 2014

AKTRES atas padang!





    London: Pengurus Chelsea Jose Mourinho percaya Luis Suarez masih lagi memiliki “perangai liar” meskipun aksi penyerang Liverpool itu pada kempen Liga Perdana musim ini sudah meningkat.
    Suarez digantung 10 perlawanan selepas menggigit lengan pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic dalam satu perlawanan April lalu bagaimanapun dia kemudian mempamerkan prestasi hebat untuk membantu Liverpool mencabar kejuaraan.

    Namun bintang Uruguay itu terbabit dengan insiden kontroversi di hujung perlawanan yang menyaksikan Liverpool kalah 1-2 kepada Chelsea awal pagi semalam apabila dia terjatuh akibat dikasari oleh Samuel Eto'o selepas kehilangan bola kepada Cesar Azpilicueta.

    Pengadil Howard Webb tidak menghiraukan rayuannya untuk mendapatkan penalti sekali gus membolehkan Chelsea meraih kemenangan dan merapatkan jurang dua mata dengan pendahulu Arsenal manakala Liverpool keciciran enam mata di belakang di tangga kelima.

    “Suarez gagal dalam perebutan bola dengan Azpilicueta, Azpilicueta membawa bola keluar dari kotak penalti dan dia (Suarez) melakukan layangan akrobatik bagi mendapatkan penalti,” kata Mourinho.

    “Kerana dia terlalu bijak dan dia tahu berada dalam kotak penalti dengan penyokong Liverpool berada di belakangnya.

    “Tapi Webb hanya berada 10 meter dari tempat insiden itu dan saya fikir kesilapan yang dilakukan Webb ialah beliau tidak melayangkan kad kuning kepada Suarez.” Mourinho menegaskan: “Dia (Suarez) pemain yang baik. Dia melakukan apa saja untuk menang dan Brendan (Rodgers) melakukan tugas bagus dalam membentuknya menjadi pemain lebih baik.


    “Tidak dinafikan dia sudah berubah. Tapi apabila berada dalam situasi seperti itu dan anda pula sedang ketinggalan, sudah menjadi lumrah bagi pemain apabila sikap liarnya akan berulang kembali.” Jaringan jarak dekat Martin Skrtel membolehkan Liverpool mendahului pada minit ketiga bagaimanapun Chelsea bangkit menerusi percubaan Eden Hazard pada minit ke-17 dan Eto’o 11 minit sebelum rehat babak pertama

0 comments:

Post a Comment