+10 344 123 64 77

Wednesday, 1 January 2014

MU memburu kemenangan seterusnya




Manchester (United Kingdom): Patrice Evra percaya Manchester United sudah kembali dahagakan kemenangan dengan juara Liga Perdana itu mahu mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut dalam liga apabila menentang Tottenham awal pagi esok.
United berada di kedudukan keenam liga dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Norwich pada Sabtu, menandakan pungutan mata separuh saingan Liga Perdana untuk musim yang tidak konsisten buat juara bertahan itu, yang masih cuba menyesuaikan keadaan di bawah pengurus baru David Moyes.

Mereka kini akan berdepan Spurs kendalian pengurus baru Tim Sherwood di Old Trafford, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dalam saingan yang memasuki fasa kedua dan tiga mata ketinggalan kepada pasukan keempat, Everton yang kini sedang bersaing untuk tiket kelayakan Liga Juara-Juara.
Namun pertahanan Perancis, Evra percaya rakan sepasukannya sudah kembali dahagakan kemenangan dan tidak sabar untuk mengharungi cabaran 2014 dalam usaha mengekalkan gelaran.

“Saya melihat situasi yang berlaku ketika ini,” katanya.

“Pasukan kini beraksi dengan lebih baik, kami mempunyai mentaliti kemenangan dan semangat United yang hilang sejak permulaan musim ini.
“Saya dapat melihat keinginan kami sudah kembali, jadi saya yakin namun saya tidak mahu bercakap mengenai kejuaraan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment