Wednesday, 1 January 2014
Pintu kini terbuka buat Juan Mata & Michael Essien
Jose Mourinho telah memberitahu kepada
Juan Mata dan Michael Essien pintu kini
terbuka sekiranya mereka berdua mahu
meninggalkan Chelsea. Mata jelas kecewa selepas dikeluarkan dalam
kemenagan 3-0 Chelsea ke atas Southampton semalam. Pemain tengah Sepanyol itu tidak bersalaman dengan Mourinho selepas dikeluarkan pada minit ke 53 dan seperti mempersoalkan keputusan pengurusnya itu
ketika di bangku simpanan. Pemain tengah berusia 25 tahun itu yang
hanya bermula sembilan perlawanan dalam liga musim ini, terpaksa ditenteramkan oleh Essien, yang juga berada di bangku simpanan
ketika itu. Mourinho mendakwa Mata
berkelakuan begitu kerana Mata tidak gembira dengan jaringan ketika itu - di mana kedua- dua pasukan masih terikat 0-0 semasa bekas pemain Valencia itu dikeluarkan. Mourinho diberitakan tidak mahu kehilangan Mata pada pintu perpindahan bulan ini dan berkata dia gemar berbincang sekiranya pemain itu tidak gembira.
"Saya mahu kekalkannya. Saya tidak mahu dia pergi. Itu pendapat saya, harapan saya, tetapi pintu sentiasa terbuka," kata pengurus Chelsea itu. "Pintu kelab ini sentiasa terbuka apabila
pemain mahu berbincang dengan kami, dan kami akan sentiasa bersedia untuk bercakap dengan mereka. Adakah anda menyuruh pihak kelab menjual mereka? Tidak, saya tidak akan lakukannya.
Masa depan Essien juga semakin tidak
menentu selepas ejennya mendakwa kliennya mungkin akan meninggalkan London kerana kekurangan aksi perlawanan. Sekali lagi Mourinho menegaskan mahu mengekalkan
pemain itu, tetapi mengakui dia tidak boleh
beri jaminan tempat dalam pasukan utama. "Saya tidak beri jaminan kepada sesiapa - bukan sahaja Essien, tetapi tiada siapa diberi jaminan," kata pengurus kelahiran Portugal itu. "Saya faham semua pemain kini sedang memikirkan mengenai pasukan kebangsaan,
Piala Dunia dan bermain dengan kerap, tetapi pemain-pemain saya harus berfikir mengenai pasukan sebelum diri sendiri. Michael tahu akan hal itu."
Surya
Out too the been like hard off. Improve enquire welcome own beloved matters her. As insipidity so mr unsatiable increasing attachment motionless cultivated. Addition mr husbands unpacked occasion he.

0 comments:
Post a Comment