+10 344 123 64 77

Wednesday, 1 January 2014

Tonik tahun baru pemangkin City pintas Arsenal



Swansea, United Kingdom: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini percaya aksi meyakinkan anak buahnya sepanjang Disember meletakkan mereka kembali menjadi pencabar utama perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
City memenangi enam daripada tujuh perlawanan liga sepanjang Disember, hanya tercicir mata ketika seri bertemu Southampton dan kini hanya ketinggalan satu mata berbanding Arsenal selaku pendahulu menjelang aksi pertama tahun baru bertemu Swansea City.

Juara 2012 itu pernah berada di tangga kelapan dan dilihat sukar untuk menjadi pencabar kejuaraan, tetapi mereka pantas mengurangkan segala defisit itu.
“Saya kami melalui bulan yang cukup hebat.

“Pada saingan Liga Perdana Inggeris, daripada tujuh perlawanan kita mencatatkan enam kemenangan.

“Amat penting untuk kami meraih mata semula. Arsenal di depan kami dengan kelebihan enam mata, jadi adalah amat penting untuk menamatkan saingan musim ini seperti yang disasarkan oleh kami pada awal saingan.
“Untuk kembali mengejar semula enam mata bukan sesuatu yang mudah. Kami terpaksa bersaing pada saingan Piala Liga dan juga Liga Juara-Juara.

“Saya fikir enam bulan pertama tahun ini sangat bagus untuk kami. Kini memasuki separuh saingan lagi kami berada di landasan tepat untuk terus melakar keputusan lebih baik,” kata Pellegrini.
Penjaga gol Joe Hart berdepan kecederaan di bawah mata ketika City mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace pada Sabtu lalu, tetapi dia dijangka akan diturunkan apabila bertemu Swansea.

Hart berada pada prestasi terbaik sejak kembali dalam barisan kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris selepas sering memanaskan bangku simpanan kerana melakukan kesilapan mudah.

0 comments:

Post a Comment